KEMAHIRAN PENTING KEPADA GRADUAN MASA DEPAN !
Perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi, sosio ekonomi serta politik dunia adalah di antara faktor yang merubah bentuk dan tahap kemahiran yang diperlukan untuk sesuatu pekerjaan. Zaman teknologi maklumat ini bertambah sukar untuk diramalkan jenis dan bentuk pekerjaan yang akan wujud pada masa depan dengan tepat. Lantaran itu, universiti berperanan dalam menyediakan graduan yang kompeten, berinovatif dan memenuhi keperluan pasaran kerja adalah sesuatu yang penting bagi memastikan graduan mempunyai kemahiran dan pengetahuan tentang pasaran pekerjaan. Pembangunan pelajar tidak hanya dilihat kepada pencapaian akademik yang cemerlang tetapi mempunyai kemahiran dan kualiti yang diperlukan oleh industri dan pasaran pekerjaan. Segala usaha tersebut adalah untuk menerapkan kemahiran tinggi dalam kalangan pelajar, maka perlu diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan di peringkat institusi. Dari aspek akademik pula, penambahbaikan kurikulum melalui kajian pasaran pekerjaan dan kerjasama dengan industri telah dan sedang giat dilaksanakan. Manakala perkhidmatan sokongan pembangunan kerjaya juga penting dalam memastikan pelajar dapat memperolehi pencapaian akademik dan pembangunan kemahiran tinggi. Pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang bakal menduduki latihan industri pada masa kini juga sudah mula terkena tempiasnya. Untuk mendapatkan kedudukan sebagai pelatih industri pada waktu ini tidak lagi semudah dahulu. Majikan sudah mula mengetatkan prosedur pengambilan seperti mengenakan sesi temu duga, kuota untuk pelatih juga sangat terhad, malah kebanyakannya tidak lagi menyediakan elaun kepada pelatih. Bermakna, majikan hanya akan mengambil pelatih yang benar-benar sesuai dan perlu. Antaranya kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran kepimpinan, kerja berpasukan, Berbahasa Inggeris, kemahiran komunikasi, pemikiran kritis, keusahawanan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat serta etika dan moral profesional.
Pada masa kini, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kehidupan kita kian meluas, justeru itu kita mestilah peka terhadap perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi ini. Kemahiran dalam menguasai teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT ini adalah amat penting pada masa sekarang,kerana banyak perkara yang telah menggunakan teknologi maklumat.Contohnya penggunaan komputer,internet dan sebagainya. Menguasai kemahiran ini juga membolehkan kita mendapatkan pekerjaan dengan mudah,kerana di zaman sekarang banyak pekerjaan yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi ini.Penggunaan komputer,internet,adalah satu kemestian dalam industri pekerjaan di negara ini.Kita juga akan menjadi orang yang berguna kepada bangsa dan negara. Kita tidak akan terjebak dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti menagih dadah,merompak,menculik dan sebagainya kerana kita asyik dengan komputer di rumah atau di cyber-cafe, menambahkan ilmu tentang kemahiran ICT atau belajar menguasai kemahiran ini.
Kemahiran yang perlu ada dan dikuasai oleh para graduan dan yang diingini majikan juga ialah Kemahiran Kerja Berpasukan. Persaingan yang berlaku dalam dunia pasaran pekerjaan di antara para bakal graduan yang telah menamatkan pelajaran saban tahun menyebabkan ramai graduan yang sukar mendapatkan pekerjaan. Kemahiran kerja berpasukan adalah berbeza daripada kerja individu. Kerja berpasukan menuntut seseorang itu bekerja dengan lebih ramai orang tetapi dalam satu kumpulan. Komitmen yang tinggi sangat dituntut dalam kerja berpasukan. Seseorang itu perlu menunjukkan dia adalah seorang pemain di dalam pasukan tersebut, selain mampu dan berkeupayaan untuk menguruskan dan menjadi wakil dalam tanggungjawab yang diberikan. Selain itu, bekerja di dalam satu pasukan juga menuntut agar sesorang itu mampu serta dapat membina hubungan yang positif dengan rakan sekerja, sekaligus dapat membantu mencapai matlamat kerja dan objektif perniagaan yang dijalankan, malah mampu meningkatkan kualiti kerja.
Di samping itu ialah Kemahiran Berbahasa Inggeris. Bahasa Inggeris merupakan bahasa perantaraan di seluruh dunia. Jadi, bahasa Inggeris ini diterima dan digunakan oleh semua negara di dunia. Hal ini membuktikan bahawa dengan menguasai bahasa Inggeris, peluang pekerjaan yang terbuka bukan hanya di negara kita malahan juga pada peringkat antarabangsa. Tambahan pula, pekerjaan merupakan satu keperluan terutamanya semasa kegawatan ekonomi melanda dunia ini. Kita pernah dikejutkan dengan berita isu pengangguran yang semakin meningkat di negara kita, iaitu mencecah angka 80 000 orang. Dengan penguasaan bahasa Inggeris yang mampan, sudah tentu kita tidak akan bermasalah untuk mendapat pekerjaan yang berprestij terutamanya dengan pihak swasta. Begitu juga dengan bidang profesional yang lain seperti akuantan, doktor, peguam, dan pensyarah. Malahan, ahli-ahli politik, iaitu barisan pemimpin negara turut mrengutamakan bahasa Inggeris kerana bahasa inilah yang digunakan ketika menyampaikan ucapan supaya dapat menyakinkan pemimipin-pemimpin dunia, di samping memperoleh penghormatan dalam arena antarabangsa. Jadi,penggunaan bahasa Inggeris hendaklah dibiasakan sejak kecil lagi seperti kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Sekiranya bahasa ini boleh kita kuasai dengan baik, nescaya peluang pekerjaan akan sentiasa menanti.
Akhir sekali ialah Kemahiran Berkomunikasi. Kemahiran ini merupakan kemahiran paling asas yang perlu diutamakan kerana majikan akan meneliti dan menguji graduan samaada kemahiran berkomunikasi mereka adalah benar-benar pada tahap yang diingini. Apabila penguasaan kemahiran berkomunikasi ini dapat dikuasai, maka daya keyakinan akan menjadi lebih tinggi. Malah, bakal graduan juga akan berpeluang besar dalam mendapatkan sesuatu kerjaya kerana mempunyai idea yang bernas selain mempunyai pengetahuan teknikal yang mantap. Penguasaan kemahiran berkomunikasi dengan baik, terutama sekali dalam bahasa inggeris juga mampu membantu survival bakal graduan dalam cabaran pencarian kerjaya yang bersesuaian dengan bidang dan kemahiran yang mereka ada, seperti yang dinyatakan oleh Dr. Marie Aimee Torres, seorang penyelidik senior di Jabatan Pembangunan Pelajaran, Universiti Malaya (UM), bahawa penguasaan dalam bahasa inggeris umpama penentu kepada graduan agar lebih berkemampuan bersaing secara efektif dalam pasaran kerja.
CADANGAN UNTUK MEMASTIKAN BAHAWA GRADUAN MASA DEPAN DIBEKALKAN DENGAN KEMAHIRAN YANG DIPERLUKAN.
Cadangan kepada Institusi-institusi pendidikan perlu mengambil kesempatan, agar memberi pendedahan kepada murid-murid sekolah khasnya tentang kerjaya yang ditawarkan kelak dengan mengikuti pengajian yang ditawarkan di universiti-universiti tempatan. Dengan adanya pendedahan ini kepada murid-murid sekolah, maka secara tidak langsung, ini akan dapat membantu mereka lebih bersedia sedari awal apakah bidang yang ingin diceburi kelak ketika menuntut di universiti. Mereka akan dapat mengumpul seberapa banyak keperluan yang penting, seperti kemahiran-kemahiran insaniah yang perlu dikuasai dan dimiliki sebelum melangkahkan kaki ke gerbang kerjaya kelak.
Cadangan kepada Badan kerajaan yang berkenaan ialah Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran, selain badan-badan kerajaan lain yang berkaitan dengan pelbagai bidang. Dengan adanya kerjasama ini, maka akan lebih banyak lagi program dapat diadakan dalam membantu bakal graduan meningkatkan lagi tahap kreativiti mereka, sekaligus dapat mengetengahkan bakat serta membantu mereka mempersiapkan diri berdepan cabaran global pasaran kerja dan menguasai malahan mengasah kemahiran insaniah yang perlu ada dalam diri untuk mencari pekerjaan kelak dengan berasaskan program-program yang mampu merangsang kemahiran berfikir mereka. Sebagai contoh pada masa ini, pihak berkenaan menganjurkan Pertandingan Robotik, yang antara lainnya bertujuan mendidik bakal graduan dalam menghasilkan karya yang canggih untuk manfaat generasi akan datang.
Mantapp👍
ReplyDelete