RESEPI KEK BATIK CRUNCHY

RESEPI KEK BATIK CRUNCHY !


Cara Buat KEK BATIK - Mudah Dan Ringkas 🔥 - YouTube

Hyee dan assalamualaikum semua. Disini balqis nak kongsikan satu resepi kek batik yang sangat mudah, cepat dan rangup. Kalau sebut sahaja kek batik, pasti ramai terbayang keenakan rasanya yang cukup lemak dan sedapkan. 
Emm Memang terliur betul!


Bahan - bahan :

  • 1 Bungkus biskut marrie (yang patahkan kepada 4 bahagian)
  • 1 Ketul butterscoth (250 g yang saiz kecil)
  • 1 Paket Milo (yang kecil)
  • 1 Sudu Makan Esen Vanilla
  • 1/2 tin susu pekat manis (siapa tak suka manis boleh kurangkan dan siapa yang suka manis boleh lebihkan)
Cara - cara :
  1. Masukkan seketul butterscoth ke dalam kuali ataupun periuk anda. Kemudian masukkan 1 sudu makan esen vanilla, 1 paket milo dan juga 1/2 tin susu pekat manis. Kacaukan sehingga sebati. Jangan biarkan sampai berketul tau.
  2. Kemudian biarkan ianya menggelegak, masukkan biskut marrie pula. Gaulkan semua biskut marrie itu dengan coklat yang dimasak takdi. Tutup api
  3. Jangan kacau terlalu lama di atas api kerana takut lembik.
  4. Masukkan ke dalam loyang, pastu tekapkan permukaan kek batik itu dengan sudu, kerana untuk memampatkan lagi kek itu.
  5. Masukkan ke dalam peti ais dan biarkan selama 4 jam. Selepas 4 jam boleh dikeluarkan
  6. Dah siap ! boleh dimakan begitu sahaja .

Comments

Post a Comment